Thursday, 30 March 2017

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN DAN PERMAINAN








PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN DAN PERMAINAN MRSM
(SUPER)



1               NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pesta Sukan dan Permainan MRSM Se-Malaysia (SUPER).

2               PENGELOLA

2.1               SUPER ini dikelolakan oleh Unit Kokurikulum, Bahagian Pendidikan Menengah MARA dengan memilih MRSM-MRSM tertentu sebagai pengelola secara bergilir. Pengelolaan juga turut dibantu oleh beberapa pihak seperti:-

2.1.1          Unit Sukan PPD, JPN dll
2.1.2          Persatuan-persatuan Sukan di peringkat daerah/ negeri
2.1.3          Jabatan Belia dan Sukan Daerah/ Negeri
2.1.4          Badan-badan bukan kerajaan yang lain

2.2               Bagi maksud pengelolaan, BPM bertanggungjawab dengan perkara-perkara dasar dan boleh menyerahkan kuasa pengelolaan serta aktiviti Sukan kepada satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan di bawah BPM.

2.3               Adalah menjadi tanggungjawab jawatankuasa pengelola menerangkan secara lengkap dan jelas peraturan pertandingan SUPER kepada badan/persatuan sukan yang terlibat dalam pengelolaan SUPER.

3               KELAYAKAN

3.1               Semua MRSM layak menyertai SUPER.

3.2               Peserta

3.2.1          Semua pelajar yang berdaftar di mana-mana MRSM, layak menyertai pertandingan ini.

3.2.2          Seorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk satu pasukan bagi mewakili entiti di mana beliau mendaftar sebagai pelajar.

3.2.3          Kejohanan ini akan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu menengah rendah (tingkatan 1, 2 dan 3) dan menengah atas (tingkatan 4 dan 5).

4               AKREDITASI

4.1               Semua peserta dikehendaki membawa bersama kad pelajar sepanjang SUPER dijalankan.

4.2               Pasukan yang bertanding adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan kad pelajar untuk disemak oleh jawatankuasa pengelola pada bila-bila masa disepanjang tempoh kejohanan.

5               JENIS SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN

5.1               Jenis sukan yang dipertandingkan, bilangan pegawai dan peserta mengikut jenis-jenis sukan adalah seperti berikut:

Bil

Permainan

Bil. Peserta
Bil. Pegawai
Lelaki
P’puan
1.        
Bola Sepak 7 Sebelah
9

1
2.        
Bola Jaring

9
1
3.        
Bola Tampar (L)
8

1
4.        
Bola Tampar (P)

8
1
5.        
Sepak Takraw
4

1
6.        
Tenis Berpasukan
3
2
1
7.        
Ping Pong Berpasukan
3
2
1
8.        
Badminton Berpasukan
3
2
1
Jumlah
30
23
8
JUMLAH BESAR
53
61

5.2               Borang Pertandingan.

5.2.1          Semua pasukan dimestikan menggunakan borang pendaftaran Sukan SUPER dan borang perlawanan Sukan SUPER.

5.2.2          Semua borang pendaftaran pasukan hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pusat/ Unit/ Jabatan Sukan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola Sukan SUPER.

5.3               Penyerahan Borang Penyertaan

5.3.1          Tiap-tiap kontinjen dikehendaki mengemukakan Borang Pengesahan Penyertaan mengikut jenis sukan kepada pihak Pengelola tidak lewat daripada 90 hari sebelum tarikh kejohanan bermula dan borang pengesahan atlit mengikut permainan diserahkan kepada pihak Pengelola tidak lewat daripada 30 hari sebelum tarikh kejohanan.

5.3.2          Hanya pemain yang berdaftar di dalam borang pengesahan atlit mengikut permainan sahaja layak mengambil bahagian.

5.3.3          Pertukaran pemain hanya dibenarkan seminggu sebelum taklimat pengurus-pengurus pasukan dan perlu dimaklumkan kepada pihak pengelola secara rasmi.

5.3.4          Pertukaran pemain yang mengalami kecederaan boleh dibuat sebelum taklimat pengurus-pengurus pasukan dengan disertakan pengesahan dari mana-mana Pusat Kesihatan /Hospital Kerajaan/Klinik Kerajaan.

6               REFERI KEHORMAT/ KETUA PENGADIL/ PENGADIL

6.1               Pengadil bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bagi tiap-tiap permainan yang dipertandingkan mulai dengan peringkat awal. Namun begitu, khidmat pelajar yang terlatih dan telah dikursuskan akan digunakan sebagai penjaga garisan

6.2               Referi kehormat/Ketua Pengadil hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola sepanjang pertandingan dijalankan bagi semua permainan yang dipertandingkan.

7               PAKAIAN

7.1               Setiap pemain/pasukan hendaklah memakai pakaian seragam yang dibenarkan dalam undang-undang permainan yang dipertandingkan.

7.2               Nombor pada jersi pemain hendaklah sama dengan nombor yang didaftarkan di dalam Borang Pendaftaran Perlawanan.

7.3               Jika kedua-dua pasukan memakai pakaian yang sama warnanya, pasukan yang namanya mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan mestilah menukar kepada pakaian yang lain warnanya.

8               PERALATAN DAN GELANGGANG

8.1               Semua jenis peralatan permainan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal SUPER dan hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

8.2               Semua peralatan dan padang/gelanggang hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

8.3               Pengelola Sukan SUPER hendaklah memberitahu Ahli Mesyuarat Induk SUPER, jenis-jenis kemudahan padang atau gelanggang yang digunakan semasa kejohanan.


9               SISTEM PERTANDINGAN

Sesuatu pertandingan hanya dapat dijalankan atau diadakan sekiranya terdapat 5 pasukan mengambil bahagian. Sistem pertandingan akan dijalankan secara Liga dan/ atau Kalah Mati.

9.1               Cara Satu (1) Kumpulan

9.1.1          Sekiranya lima (5) pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan dijalankan secara Liga Satu Kumpulan.

9.1.2          Pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira sebagai Johan, Kedua terbanyak menjadi Naib Johan dan seterusnya.

9.2               Format bagi sistem liga adalah seperti berikut:-

Jumlah
Pasukan
Jumlah Pasukan Dalam Kumpulan
Kumpulan
Format
5
Liga 1 Kumpulan
Liga
6
2
3,3
7
2
3,4
8
2
4,4
9
3
3,3,3
10
3
3,3,4
11
3
3,4,4
12
4
3,3,3,3
13
4
3,3,3,4
14
4
3,3,4,4
15
5
3,4,4,4
16
5
4,4,4,4


9.3               Sekiranya terdapat 16 atau kurang liga kumpulan peringkat awal, johan dan naib johan layak kepusingan seterusnya.

9.4               Pusingan kedua mengikut carta pusingan di lampiran.

9.5               Undian dan Jadual Pertandingan

Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal SUPER dan susunan jadual pertandingan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal SUPER.

9.6               Semasa dalam sistem kalah mati, tiada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.
9.7               Pemberian Mata

Menang             -           3
Seri                  -           1
Kalah                -           0

Atau mengikut syarat pemberian mata peraturan permainan yang mempunyai sistem pemberian mata sendiri.

10           KELEWATAN

10.1            Senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada meja urusetia permainan sebelum masa perlawanan bermula.

10.2            Semua perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.

11           PENANGGUHAN

11.1            Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan/ jadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

11.2            Jawatankuasa Pengelola adalah mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta-merta.

11.3            Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan Jawatankuasa Pengelola hendaklah menetapkan semula perlawanan yang ditangguhkan itu.

12           MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

12.1            Pasukan yang lewat hadir ke gelanggang selepas 10 minit daripada masa yang ditetapkan atau selepas pengumuman nama pasukan dipanggil, akan dikira sebagai menarik diri atau menyerah kalah.

12.2            Setiap pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan untuk perlawanan yang akan atau sedang berlangsung.  Setiap pasukan dikehendaki meneruskan permainan walaupun telah layak untuk pusingan seterusnya.

12.3            Jika berlaku kecederaan sebelum perlawanan dan pasukan terlibat memberi kemenangan kepada pihak lawan maka pemain yang cedera mestilah mendapat pengesahan daripada Doktor yang disediakan oleh Tuan Rumah/ Jawatankuasa Pengelola.

13           RAYUAN/BANTAHAN

13.1            Sebarang bantahan atau rayuan hendaklah dibuat secara bertulis oleh pegawai/ pengurus pasukan dan disahkan oleh Ketua Kontinjen berkenaan dan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya dalam tempoh tidak lebih dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan atau mengikut masa yang ditetapkan oleh permainan tersebut dengan disertakan wang tunai sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Sahaja) sebagai cagaran dan yuran proses.

13.2            Wang cagaran itu akan hilang dan menjadi pendapatan Jawatankuasa Pengelola sekiranya bantahan atau rayuan itu tidak diterima.

13.3            Sekiranya bantahan atau rayuan diterima oleh Juri Rayuan maka wang cagaran sebanyak RM 200.00 sahaja  akan dikembalikan.

13.4            Semua bantahan/rayuan hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia.

13.5            Semua bukti bantahan perlu disertakan.

14                 JAWATANKUASA BANTAHAN/ TATATERTIB TERDIRI DARIPADA 5 ORANG YANG TERDIRI  DARIPADA SEPERTI BERIKUT:-

14.1            Pengerusi Jawatankuasa Teknikal SUPER atau wakil dari kalangan ahli Jawatankuasa Induk SUPER

14.2            Penyelaras Teknikal Permainan SUPER/ Ketua Pengadil permainan berkenaan.

14.3            Tiga orang Pengurus Pasukan permainan berkenaan yang berkecuali.

15           JURI RAYUAN

15.1            Jawatankuasa Pengelola hendaklah menubuhkan Juri Rayuan yang terdiri Tiga (3) orang.  Ahli-ahli hendaklah terdiri:-

15.1.1      Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana atau wakil (Timbalan Pengerusi atau Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana)

15.1.2      Pengerusi Jawatankuasa Teknik atau wakil

15.1.3      Wakil BPM

15.1.4      2 orang Timb. Pengetua Kokurikulum yang berkecuali atau wakil (Ketua Kontinjen)

16           TINDAKAN TATATERTIB

16.1            Semua kontinjen adalah bertanggungjawab di atas disiplin dan tatatertib pegawai, pemain dan penyokong masing-masing sepanjang kejohanan ini berlangsung.

16.2            Jawatankuasa bantahan/ tatatertib berhak membuat keputusan atas sebarang perkara yang difikirkan boleh mengganggu kelancaran pertandingan.

16.3            Semasa pertandingan berlangsung, tindakan tatatertib akan dikenakan kepada peserta yang melanggar peraturan permainan dengan tindakan seperti :

16.3.1      Amaran

16.3.2      Penggantungan perlawanan

16.3.3      Penggantungan kejohanan

17           SIJIL

Sijil Penyertaan dan Pemenang SUKAN SUPER akan disediakan oleh jawatankuasa pengelola dan akan diberi kepada semua peserta semasa majlis penutup.

18           HADIAH

Hadiah SUKAN SUPER akan disediakan oleh jawatankuasa pengelola untuk pemenang-pemenang Pertama, Kedua dan Ketiga bersama. Piala Johan keseluruhan akan diberi kepada pasukan yang mempunyai jumlah mata tertinggi. Mata pencapaian bagi setiap permainan adalah seperti berikut:

Johan               : 10 mata
Naib Johan        : 7 mata
Separuh akhir    : 5 mata
Suku akhir         : 3 mata
Penyertaan        : 1 mata

19           DENDA

Mana-mana pasukan yang menarik diri selepas tempoh pengesahan penyertaan tamat, maka pasukan tersebut tidak dibenarkan untuk menyertai kejohanan Sukan SUPER pada edisi berikutnya bagi acara yang berkenaan sahaja.

20           PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN

20.1            Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan jika ada dinyatakan berlainan dalam pertandingan permainan tertentu.

20.2            Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan Am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Induk SUPER dan keputusannya adalah muktamad.

20.3            Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan peraturan yang ditetapkan TIDAK DIBENARKAN semasa taklimat Pengurus Pasukan.







No comments:

Post a Comment