Thursday, 30 March 2017

Undang-undang dan Peraturan





PESTA SUKAN DAN PERMAINAN MRSM MENENGAH ATAS
PERINGKAT KEBANGSAAN, 2017

Undang-undang dan Peraturan
Bola Sepak 7 Sebelah

1.                   Undang-undang

1.1               Undang-undang akan dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Persekutuan Bola sepak Malaysia (FAM) dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan Pesta Sukan dan Permainan MRSM Peringkat Kebangsaan, 2017.
1.2               Permainan yang dipertandingkan adalah bola sepak 7 sebelah


2.                   Pendaftaran Pemain

2.1               Setiap pasukan perlu mendaftarkan tidak lebih daripada 9 orang pemain yang terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 2 orang pemain gantian pada setiap perlawanan.
2.2               Pendaftaran pemain adalah terbuka namun mesti mengikut pendaftaran yang termaktub dalam senarai peserta keseluruhan.
2.3               Pemain yang didaftarkan bagi setiap perlawanan sahaja dibenarkan bermain.


3.                   Pasukan

3.1               Tiap-tiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pemain semasa perlawanan hendak dimulakan dan sedang berlangsung. Sekiranya kurang, maka pasukan tersebut akan dikira kalah dengan jaringan 0-3.


4.                   Pakaian dan Peralatan Pemain

4.1               Pemain hendaklah berpakaian lengkap (berkasut bola, berstoking, memakai ’shin pad’ dan memakai jersi yang bernombor).
4.2               Sekiranya berlaku persamaan warna jersi, pasukan yang namanya disebutkan dahulu dikehendaki menukar jersi yang berlainan warna.
4.3               Pemakaian ’arm band captain’ adalah diwajibkan bagi setiap pasukan.
4.4               Setiap pasukan dikehendaki membawa 2 set jersi yang berlainan warna bagi mengelakkan persamaan warna.


5.                   Masa Permainan

5.1               Masa permainan adalah 10-2-10 bagi semua peringkat.
5.2               Sekiranya seri semasa di peringkat kalah mati, tiada masa tambahan diberikan. Namun 3 sepakan penalti akan diberikan kepada setiap pasukan secara bergilir. Sekiranya masih seri, tambahan 2 sepakan penalti lagi diberikan secara ’sudden death’ (pemain yang belum mengambil sepakan). Sekiranya masih seri, lambungan duit syiling ’best of three’ akan dilakukan bagi menentukan pemenang.


6.                   Pertukaran Pemain

6.1               Pertukaran pemain boleh adalah mengikut sistem ’ rolling substitution’ yang mana pemain yang sudah keluar boleh masuk semula menggantikan pemain yang sedang bermain.
6.2               Pemain yang hendak ditukarkan perlu keluar dahulu sebelum pemain menggantikannya masuk.

7.                   Format Pertandingan

7.1               Permainan akan dijalankan secara liga pada peringkat kumpulan dan sistem kalah mati pada peringkat seterusnya.
7.2               Semasa peringkat awal, pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut undian
7.3               Penentuan kedudukan di dalam kumpulan adalah:
i.                     Pasukan yang mempunyai mata yang tertinggi atau,
ii.                   Pasukan yang mempunyai perbezaan jaringan yang tertinggi atau,
iii.                  Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan yang tertinggi atau,
iv.                 Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya atau,
v.                   Lambungan duit syiling ’best of three’.
7.4               Pemberian mata adalah seperti berikut:
i.                     Menang = 3 mata
ii.                   Seri = 1 mata
iii.                  Kalah = 0 mata

8.                   Tindakan dan Hukuman

8.1               Pemain yang melakukan kesalahan semasa perlawanan berlangsung akan dikenakan tindakan seperti berikut:
i.                     Kad kuning – diberikan amaran
ii.                   Dua kad kuning dalam 2 perlawanan yang berbeza – digantung 1 perlawanan berikutnya.
iii.                  Dua kad kuning dalam 1 perlawanan yang sama – digantung 1 perlawanan berikutnya.
iv.                 Kad merah – digantung 2 perlawanan berikutnya.









PESTA SUKAN DAN PERMAINAN MRSM MENENGAH ATAS
PERINGKAT KEBANGSAAN, 2017

Undang-undang dan Peraturan
Bola Jaring


1.                   Undang-undang

Undang-undang dan peraturan permainan ini dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA), Gabungan Persatuan Bola Jaring Malaysia dan Pesta Sukan dan Permainan MRSM Peringkat Kebangsaan, 2017.

2.                   Pendaftaran Pemain

2.1               Setiap pasukan perlu mendaftarkan tidak lebih daripada 9 orang pemain yang terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 2 pemain simpanan.
2.2               Pendaftaran pemain adalah terbuka namun mesti mengikut pendaftaran yang termaktub dalam senarai peserta keseluruhan.
2.3               Pemain yang didaftarkan bagi setiap perlawanan sahaja dibenarkan bermain.

3.                   Pasukan

3.1               Setiap pasukan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pemain sahaja semasa perlawanan hendak dilangsungkan. Jika kurang daripada jumlah tersebut, maka pasukan tersebut akan dikira kalah dengan jaringan 0-10.

4.                   Pakaian dan peralatan

4.1               Pemain hendaklah berpakaian lengkap (berkasut, berstoking dan memakai ’bibs’ mengikut posisi yang didaftarkan)
4.2               Sekiranya berlaku persamaan warna ’bibs’, pasukan yang namanya disebutkan dahulu dikehendaki menukar jersi yang berlainan warna.
4.3               Setiap pasukan dikehendaki membawa 2 set ’bibs’ yang berlainan warna atau pun ’bibs’ yang mempunyai 2 warna yang berbeza bagi mengelakkan persamaan warna.

5.                   Masa Pemainan

5.1               Masa permainan adalah 10-3-10 bagi semua peringkat.
5.2               Sekiranya seri semasa di peringkat kalah mati ;
5.2.1          pasukan akan di beri masa rehat 2 minit,
5.2.2          masa tambahan selama (2) x lima setiap bahagian akan dimainkan
5.2.3          pasukan bertukar kawasan gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada hantaran tengah berikutnya.
5.2.4          pasukan bertukar kawasan gol di separuh masa tanpa rehat
5.2.5          sekiranya masih seri, permainan akan diteruskan sehingga 1 pasukan mendapat 2 kelebihan gol atau 3 kali hantaran.

6.                   Pertukaran pemain

6.1               Pertukaran pemain tiada had. Pertukaran hanya boleh dilakukan pada waktu rehat atau terdapat sebarang kecederaan pemain.

7.                   Format pertandingan

7.1               Permainan akan dijalankan secara liga pada peringkat kumpulan dan sistem kalah mati pada peringkat seterusnya.
7.2               Semasa peringkat awal, pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut undian
7.3               Penentuan kedudukan di dalam kumpulan adalah:
i.                     Pasukan yang mempunyai mata yang tertinggi atau,
ii.                   Pasukan yang mempunyai perbezaan jaringan yang tertinggi atau,
iii.                  Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan yang tertinggi atau,
iv.                 Pasukan yang mempunyai jumlah bolos yang paling sedikit atau,
v.                   Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya atau,
vi.                 Lambungan duit syiling ’best of three’.
7.4               Pemberian mata adalah seperti berikut:
i.                     Menang = 3 mata
ii.                   Seri = 1 mata
iii.                  Kalah = 0 mata

8.                   Tindakan dan Hukuman

8.1               Hukuman ke atas pemain adalah mengikut peraturan semasa dan bersesuaian dengan pertandingan.
8.2               Pemain yang dikenakan tindakan disiplin iaitu diarah keluar gelanggang tidak dibenarkan bermain dalam satu perlawanan berikutnnya.















PESTA SUKAN DAN PERMAINAN MRSM MENENGAH ATAS
PERINGKAT KEBANGSAAN, 2017

Undang-undang dan Peraturan
Bola Tampar

1.                   Undang-undang

1.1               Undang-undang akan dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Bola Tampar  Antarabangsa (FIVB), Persekutuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan Pesta Sukan dan Permainan MRSM Peringkat Kebangsaan, 2017.

2.                   Pendaftaran Pemain

2.1               Setiap pasukan perlu mendaftarkan tidak lebih daripada 8 orang pemain yang terdiri daripada 6 orang pemain utama dan 2 orang pemain gantian.
2.2               Setiap pasukan juga boleh mendaftarkan seorang ’libero’ bagi setiap perlawanan namun jumlah keseluruhan pemain pada satu-satu masa adalah 8 orang.
2.3               Pendaftaran pemain adalah terbuka namun mesti mengikut pendaftaran yang termaktub dalam senarai peserta keseluruhan.
2.4               Pemain yang didaftarkan bagi setiap perlawanan sahaja dibenarkan bermain.

3.                   Pasukan

3.1               Tiap-tiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 6 orang pemain semasa perlawanan hendak dimulakan dan sedang berlangsung. Sekiranya kurang, maka pasukan tersebut akan dikira kalah dengan kiraan set 0-2.

4.                   Pakaian dan Peralatan Pemain

4.1               Pemain hendaklah berpakaian lengkap (berkasut, berstoking dan memakai jersi yang bernombor di hadapan dan di belakang). Manakala jersi bagi ketua pasukan mempunyai garisan di bawah nombor.

5.                   Kiraan Mata Perlawanan

5.1               Pada peringkat awal, kiraan mata akan dibuat mengikut kiraan ’volleython’ (31). pada mata ke 15, pemain akan bertukar gelanggang. Pasukan yang memperoleh mata 31 dahulu, dikira sebagai pemenang.
5.2               Pada peringkat kalah mati, perlawanan dijalankan menggunakan kiraan mata 25-25-15. Jika berlaku mata sama pada kiraan 24, pemenang akan dikira dengan kelebihan 2 mata mengatasi pihak lawan. Jika masih sama, pasukan yang terawal mendapat mata 30 akan dikira pemenang. Manakala bagi set ketiga, sekiranya berlaku mata sama pada kiraan 14, pemenang akan dikira dengan kelebihan 2 mata mengatasi pihak lawan. Jika masih sama, pasukan yang terawal mendapat mata 17 akan dikira pemenang.
5.3               ’Time out’ hanya dibenarkan sebanyak 2 kali bagi setiap set. Hanya ketua pasukan atau pengurus pasukan/ jurulatih sahaja yang boleh meminta ’time out’.
5.4               Hanya pemain, jurulatih dan pengurus yang berpakaian lengkap (berkasut) sahaja dibenarkan berada di bangku pemain manakala penyokong pasukan DILARANG sama sekali berada bersama pemain semasa perlawanan berlangsung.

6.                   Pertukaran Pemain

6.1               Pertukaran pemain hanya boleh dilakukan sebanyak 2 kali sahaja bagi setiap set. Pemain yang keluar boleh bermain semula dengan syarat masuk menggantikan pemain yang menggantikannya sahaja.
6.2               Pertukaran pemain ’libero’ tidak akan dikira sebagai pertukaran

7.                   Format Pertandingan

7.1               Permainan akan dijalankan secara liga pada peringkat kumpulan dan sistem kalah mati pada peringkat seterusnya.
7.2               Semasa peringkat awal, pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut undian
7.3               Penentuan kedudukan di dalam kumpulan adalah:
i.                     Pasukan yang mempunyai mata yang tertinggi atau,
ii.                   Pasukan yang mempunyai perbezaan set yang tertinggi atau,
iii.                  Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya atau,
iv.                 Lambungan duit syiling ’best of three’.
7.4               Pemberian mata adalah seperti berikut:
i.                     Menang = 3 mata
ii.                   Kalah = 0 mata

8.                   Tindakan dan Hukuman

8.1               Pemain yang melakukan kesalahan semasa perlawanan berlangsung akan dikenakan tindakan seperti berikut:
i.                     Amaran – Tiada kad
ii.                   Kad kuning – Penalti; kehilangan rali.
iii.                  Kad merah – Penyingkiran; tidak boleh bermain di dalam set berkenaan dan mesti duduk di kawasan penalti tanpa apa akibat.
iv.                 Kad kuning + merah (bersama) – Pembatalan; meninggalkan Kawasan Kawalan Pertandingan untuk perlawanan berkenaan tanpa apa akibat.









PESTA SUKAN DAN PERMAINAN MRSM MENENGAH ATAS
PERINGKAT KEBANGSAAN, 2017

Undang-undang dan Peraturan
Sepak Takraw

1.                   Undang-undang

1.1               Undang-undang akan dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Peratuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan Pesta Sukan dan Permainan MRSM Peringkat Kebangsaan, 2017.

2.                   Pendaftaran Pemain

2.1               Setiap pasukan perlu mendaftarkan tidak lebih daripada 4 orang pemain yang terdiri daripada 3 orang pemain utama dan 1 orang pemain gantian.
2.2               Pendaftaran pemain adalah terbuka namun mesti mengikut pendaftaran yang termaktub dalam senarai peserta keseluruhan.
2.3               Pemain yang didaftarkan bagi setiap perlawanan sahaja dibenarkan bermain.

3.                   Pakaian dan Peralatan Pemain

3.1               Pemain hendaklah berpakaian lengkap (berkasut, berstoking dan memakai jersi yang bernombor pada bahagian belakang).
3.2               Pemakaian ’Arm band Captain’ adalah diwajibkan.

4.                   Permulaan Permainan

4.1               Regu melakukan sepak mula (servis) sebanyak tiga (3) kali sepakan berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut. Pertukaran sepakan bergilir selepas tga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata. Pada mata dius (bila kedua-dua mendapat mata 20 – 20 untuk set pertama dan kedua, 14 – 14 dalam set ketiga) servis akan bertukar pada setiap mata.
4.2               Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya. Tukar petak sebelum memulakan setiap set.

5.                   Kiraan Mata Perlawanan

5.1               Perlawanan dijalankan menggunakan kiraan mata 21-21-15.
5.2               Jika berlaku mata sama pada kiraan 20, pemenang akan dikira dengan kelebihan 2 mata mengatasi pihak lawan. Jika masih sama, pasukan yang terawal mendapat mata 25 akan dikira pemenang.
5.3               Manakala bagi set ketiga, sekiranya berlaku mata sama pada kiraan 14, pemenang akan dikira dengan kelebihan 2 mata mengatasi pihak lawan. Jika masih sama, pasukan yang terawal mendapat mata 17 akan dikira pemenang.
5.4               Setiap pasukan berhak meminta satu minit rehat (time out) sekali untuk setiap set.
6.                   Pertukaran Pemain

6.1               Pertukaran pemain dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan/ Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan.

7.                   Format Pertandingan

7.1               Permainan akan dijalankan secara liga pada peringkat kumpulan dan sistem kalah mati digunakan pada peringkat seterusnya.
7.2               Semasa peringkat awal, pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut undian
7.3               Penentuan kedudukan di dalam kumpulan adalah:
i.                     Pasukan yang mempunyai mata yang tertinggi atau,
ii.                   Pasukan yang mempunyai perbezaan set yang tertinggi atau,
iii.                  Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya atau,
iv.                 Lambungan duit syiling ’best of three’.
7.4               Pemberian mata adalah seperti berikut:
i.                     Menang = 3 mata
ii.                   Kalah = 0 mata

8.                   Tindakan dan Hukuman

8.1               Kad Kuning.
                                                 i.                   Kali pertama: Amaran
                                               ii.                   Kali ke kedua: gantung 1 perlawanan
                                              iii.                   Kali ketiga : gantung 2 perlawanan dan denda USD100

8.2               Kad Merah – digantung untuk semua perlawanan dan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib


















PESTA SUKAN DAN PERMAINAN MRSM MENENGAH ATAS
PERINGKAT KEBANGSAAN, 2017

Undang-undang dan Peraturan
Badminton


1.                   Undang-undang

1.1               Undang-undang akan dijalankan mengikut undang-undang Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF), Peratuan Badminton Malaysia (BAM) dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan Pesta Sukan dan Permainan MRSM Peringkat Kebangsaan, 2017.

2.                   Pendaftaran Pemain

2.1               Setiap pasukan perlu mendaftarkan tidak lebih daripada 5 orang pemain yang terdiri daripada 1 orang pemain perseorangan lelaki, 2 orang pemain bergu lelaki dan 2 orang pemain bergu perempuan.
2.2               Pemain yang bermain perseorangan tidak boleh didaftarkan sebagai pemain bergu kerana perlawanan akan dijalankan serentak.
2.3               Susunan perlawanan adalah perseorangan lelaki, bergu perempuan dan bergu lelaki.
2.4               Pendaftaran pemain adalah terbuka namun mesti mengikut pendaftaran yang termaktub dalam senarai peserta keseluruhan.
2.5               Pemain yang didaftarkan bagi setiap perlawanan sahaja dibenarkan bermain.

3.                   Pakaian dan Peralatan Pemain

3.1               Pemain hendaklah berpakaian lengkap yang sesuai semasa pertandingan.
3.2               Pihak pengelola hanya menyediakan peralatan bulu tangkis untuk perlawanan sahaja tetapi tidak untuk memanaskan badan dan latihan pasukan.

4.                   Kiraan Mata Perlawanan

4.1               Perlawanan di peringkat awal akan dijalankan menggunakan kiraan mata 30 di mana semasa kedudukan mata 15, pemain akan bertukar gelanggang dan rehat selama seminit. Jika berlaku mata sama pada kedudukan 29, pemenang akan dikira dengan kelebihan 2 mata mengatasi pihak lawan. Jika masih sama, pasukan yang terawal mendapat mata 35 akan dikira pemenang.
4.2               Perlawanan di peringkat kalah mati akan dijalankan menggunakan kiraan mata 21-21-21.
4.3               Jika berlaku mata sama pada kiraan 20, pemenang akan dikira dengan kelebihan 2 mata mengatasi pihak lawan. Jika masih sama, pasukan yang terawal mendapat mata 30 akan dikira pemenang.
4.4               Masa rehat selama 1 minit diberikan kepada pemain sebanyak 1 kali sahaja bagi setiap set iaitu pada mata kesebelas.



5.                   Format Pertandingan

5.1               Permainan akan dijalankan secara liga pada peringkat kumpulan dan sistem kalah mati pada peringkat seterusnya.
5.2               Semasa peringkat awal, pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut undian
5.3               Penentuan kedudukan di dalam kumpulan adalah:
i.                     Pasukan yang mempunyai mata yang tertinggi atau,
ii.                   Pasukan yang mempunyai perbezaan set yang tertinggi atau,
iii.                  Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya atau,
iv.                 Lambungan duit syiling ’best of three’.
5.4               Pemberian mata adalah seperti berikut:
i.                     Menang = 3 mata
ii.                   Kalah = 0 mata

6.                   Tindakan dan Hukuman

6.1               Pemain yang dikenakan tindakan disiplin oleh pengadil iaitu diarah keluar gelanggang tidak dibenarkan bermain dalam satu perlawanan berikutnya.




























PESTA SUKAN DAN PERMAINAN MRSM MENENGAH ATAS
PERINGKAT KEBANGSAAN, 2017

Undang-undang dan Peraturan
Ping Pong


1.                   Undang-undang

1.1               Undang-undang akan dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF), Peratuan Ping Pong Malaysia (TTAM) dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan Pesta Sukan dan Permainan MRSM Menengah Atas Zon Selatan 2011.

2.                   Pendaftaran Pemain

2.1               Setiap pasukan perlu mendaftarkan tidak lebih daripada 5 orang pemain yang terdiri daripada 1 orang pemain perseorangan lelaki, 2 orang pemain bergu lelaki dan 2 orang pemain bergu perempuan.
2.2               Pemain yang bermain perseorangan tidak boleh didaftarkan sebagai pemain bergu.
2.3               Susunan perlawanan adalah perseorangan lelaki, bergu perempuan dan bergu lelaki.
2.4               Pendaftaran pemain adalah terbuka namun mesti mengikut pendaftaran yang termaktub dalam senarai peserta keseluruhan.
2.5               Pemain yang didaftarkan bagi setiap perlawanan sahaja dibenarkan bermain.

3.                   Pakaian dan Peralatan Pemain

3.1               Pemain hendaklah berpakaian lengkap yang sesuai semasa pertandingan. Pemain dilarang memakai pakaian yang berwarna oren.
3.2               Penggunaan ’bet’ yang mempunyai permukaan ’pimple’ adalah dilarang sama sekali dan ’bet’ yang digunakan oleh semua pemain perlu mempunyai kelulusan dari ITTF.
3.3               Pihak pengelola hanya menyediakan peralatan bola ping pong  untuk perlawanan sahaja tetapi tidak untuk memanaskan badan dan latihan pasukan.

4.                   Kiraan Mata Perlawanan

4.1               Perlawanan dijalankan sebanyak 5 set dan mata penamat adalah 11.
4.2               Jika berlaku mata sama pada kiraan 10, pemenang akan dikira dengan kelebihan 2 mata mengatasi pihak lawan. Jika masih sama, pasukan yang terawal mendapat mata 15 akan dikira pemenang.
4.3               Servis bertukar tangan dalam kiraan setiap 2 mata.

5.                   Format Pertandingan

5.1               Permainan akan dijalankan secara liga pada peringkat kumpulan dan kalah mati digunakan pada peringkat seterusnya.
5.2               Semasa peringkat awal, pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut undian
5.3               Penentuan kedudukan di dalam kumpulan adalah:
i.                     Pasukan yang mempunyai mata yang tertinggi atau,
ii.                   Pasukan yang mempunyai perbezaan set yang tertinggi atau,
iii.                  Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya atau,
iv.                 Lambungan duit syiling ’best of three’.
5.4               Pemberian mata adalah seperti berikut:
i.                     Menang = 3 mata
ii.                   Kalah = 0 mata

6.                   Tindakan dan Hukuman

6.1               Pemain yang dikenakan tindakan disiplin oleh pengadil iaitu diarah keluar gelanggang tidak dibenarkan bermain dalam satu perlawanan berikutnya.
































PESTA SUKAN DAN PERMAINAN MRSM MENENGAH ATAS
PERINGKAT KEBANGSAAN, 2017

Undang-undang dan Peraturan
Tenis


1.                   Undang-undang

1.1               Undang-undang akan dijalankan mengikut undang-undang Gabungan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF), Peratuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan Pesta Sukan dan Permainan MRSM Peringkat Kebangsaan, 2017.

2.                   Pendaftaran Pemain

2.1               Setiap pasukan perlu mendaftarkan tidak lebih daripada 5 orang pemain yang terdiri daripada 1 orang pemain perseorangan lelaki, 2 orang pemain bergu lelaki dan 2 orang pemain bergu perempuan.
2.2               Pemain yang bermain perseorangan tidak boleh didaftarkan sebagai pemain bergu.
2.3               Susunan perlawanan adalah perseorangan lelaki, bergu perempuan dan bergu lelaki.
2.4               Pendaftaran pemain adalah terbuka namun mesti mengikut pendaftaran yang termaktub dalam senarai peserta keseluruhan.
2.5               Pemain yang didaftarkan bagi setiap perlawanan sahaja dibenarkan bermain.

3.                   Pakaian dan Peralatan Pemain

4.1               Pemain hendaklah berpakaian lengkap yang sesuai semasa pertandingan.
4.2               Pihak pengelola tidak akan menyediakan raket tenis kepada pemain-pemain.
4.3               Pihak pengelola hanya menyediakan peralatan bola tenis untuk perlawanan sahaja tetapi tidak untuk memanaskan badan dan latihan pasukan.

4.                   Kiraan Mata Perlawanan

5.1               Perlawanan dijalankan hanya 1 set dan game penamat adalah 6 (First to reach 6) bagi semua peringkat.
5.2               Tidak ada permainan ’tie break’.

5.                   Format Pertandingan

6.1               Permainan akan dijalankan secara liga pada peringkat kumpulan dan kalah mati pada peringkat seterusnya.
6.2               Semasa peringkat awal, pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut undian
6.3               Penentuan kedudukan di dalam kumpulan adalah:
i.                    Pasukan yang mempunyai mata yang tertinggi atau,
ii.                  Pasukan yang mempunyai perbezaan set yang tertinggi atau,
iii.                Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya atau,
iv.                Lambungan duit syiling ’best of three’.
6.4               Pemberian mata adalah seperti berikut:
i.                     Menang = 3 mata
ii.                   Kalah = 0 mata

6.                   Tindakan dan Hukuman

6.2               Pemain yang dikenakan tindakan disiplin oleh pengadil iaitu diarah keluar gelanggang tidak dibenarkan bermain dalam satu perlawanan berikutnya.


No comments:

Post a Comment